Turun Bendera?

mungkin tak salah untuk mengeluarkan pendapat. berani. bukannya menjadi pak turut.
masalahnya adalah, perlukah tindakan yang mencetuskan provokasi..
siapa yang akhirnya berpecah-belah?
siapa yang semakin membina kekuatan?
owh..fikir-fikirkanlah sendiri…
apa nak jadi dengan umat islam hari ini…
berpecah belah di sana sini..
sampai ugut2 nak bunuh.
bukankah kita sesama islam itu saudara?
setiap saudara perlu melindung saudaranya yang lain
jika tidak bersetuju dengan cara mereka, gunakan cara yang baik..
yang ditegur pula, dengarlah..jangan tutup telinga..
bukankah saling membimbing ke arah kebaikan itu tanggungjawab kita bersama..

Allah berfirman,

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. (QS Ali Imran:103)

wallahua’lam

p/s: pening lepas tgok banyak video kat youtube

Demi C.I.N.T.A~

C.I.N.T.A

mungkin baru kini saya mengerti hakikat sebenar erti cinta…

bila dia membalas cinta saya… saya gembira bukan kepalang..owh..terharu bagai nak rak..menitis air mata.. berganda2 cinta saya buat si dia..gembira…rasa bahagia..rasa nak share perasaan tu dengan semua..

tapi, mungkin bukan setiap masa cinta tu kan terbalas…mungkin satu hari nanti, dia akan berpaling. tapi tak pe.saya tak nak putus asa.sebab saya cinta.

sebab saya cinta dia..saya nak kenalkan dia dengan hakikat cinta yang sebenarnya..sebab saya sayang, saya nak dia tahu, ada kasih sayang yang jauh lebih indah dari indahnya kasih sayang dalam berukhwah..saya cintakan dia, jadi saya nak dia rasa, betapa indahnya cinta kepadaNya..

owh.. demi cinta..saya rela berkorban..kerana cinta.. saya rela terkorban..
selagi mana cinta itu didasari keranaNya, saya yakin, Allah akan memperteguhkan hati2 kita, utk bersama melangkah, menuju ke syurga firdausi nya…

demi cinta~
buat mutarabbiku….

seandainya engkau tahu….

kelihatan seorang ibu tidak senang duduk memerhatikan si anak kecil

resah hatinya menggesa si ibu untuk bangun lantas menghampiri bayinya.tanpa berlengah si ibu membuka mulut si anak yang sedang terleka mengunyah gula-gula di dalam mulutnya..mengambil gula itu keluar tanpa berlengah lagi..

si anak berteriak. dari raut wajahnya, jelaslah si anak marah dan kecewa dengan apa tindakan si ibu

si anak merasakan si ibu kejam

tidak adil

tidak bertimbang rasa

tidak memahami jiwa dan perasaannya..

lantas mengamuklah si anak..menangisnya tiada henti. memaksa si ibu memulangkan kembali gula-gula miliknya, kesukaannya ..

owh, si anak kecil, jika dirimu mengetahui bahana yang bakal menimpa dirimu seandainya engkau tercekik gula-gula itu…

tapi engkau, wahai si anak kecil, tidak mungkin akan mengerti  rasional di sebalik  tindakan ibumu hinggalah kelak engkau dewasa nanti..=)

*****

owh, pedihnya jiwa…kenapa Allah tarik dia dari aku.

kenapa Allah bagi result periksa tak bagus kat aku..aku dah usaha kot!

Allah kata Allah penyayang, kenapa semua aku minta, tak dapat pun..

kenapa Allah tarik harta aku…kenapa Dia rentap dan rampas semua kebahagiaan aku?

merungutlah si hamba, berkerut-kerut dahinya..langcang sungguh tutur bicaraya…

teramat marah dengan qada dan qadar ketentuan Yang Maha Esa..

merasakan dirinya mengetahui apa yang terbaik bagi dirinya..pada pandangan matanya..

..

owh wahai si hamba, jika engkau menyedari ditariknya nikmatmu itu kerana cinta dan kasihNya padamu, pasti kau tertunduk malu. bukankah Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk dirimu?

mengapa masih mengeluh jika keyakinan seperti itu yang engkau canang-canangkan selama ini..

mana hilangnya keyakinanmu, redhaMu..owh..betapa manusia itu mudah terlupa..bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang terlalu cetek ilmunya..

berhadapan dengan ujian dari si Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana..

redhalah wahai si hamba..ujian itu tanda Dia masih menyayangi dirimu

ujian itu adalah tanda bahawa Dia masih sudi memandang wajahmu

ujian itu adalah tanda bahawa Dia akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan, jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat nanti..

wahai si hamba..lupakah siapa kamu di hadapan Tuhanmu…?

tidakkah engkau yakin bahawa ketetapan dariNya pasti yang terbaik…..?

 “DAN SESUNGGUHNYA ALLAH, JIKA DIA MENCINTAI SUATU KAUM, DIA MENGUJI MEREKA. JIKA MEREKA RIDHA, MAKA ALLAH RIDHA KEPADANYA. JIKA MEREKA BENCI, ALLAH MEMBENCINYA.”  

“JIKA ALLAH MENGHENDAKI KEBAIKAN BAGI HAMBANYA, MAKA DIA MENYEGERAKAN HUKUMAN DI DUNIA. JIKA ALLAH MENGHENDAKI KEBURUKAN BAGI HAMBA-NYA, MAKA DIA MENAHAN HUKUMAN KESALAHANNYA SAMPAI DISEMPURNAKANNYA PADA HARI KIAMAT. ” (HR. Imam Ahmad, At-Turmidzi, Al-hakim, Ath-Thabrani, dan Al-Baihaqi).

Orang yang ingin mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan abadi tanpa ujian dan cobaan, berarti ia belum mengenal ajaran Islam dan tidak mengenal arti pasrah diri kepada Allah (Ibnul Jauzi)

Kisahku… >_<

kisahku barangkali tiada sama dengan cerita duka mereka….

kerana ketaatan, aku merelakan sebuah perpisahan..

kerana ketaatan, aku memilih meninggalkan..

hasilnya, aku tidak pasti.. masih samar-samar barangkali..

aku cuba untuk tidak peduli…

telah ku cuba menenangkan hati..

cukuplah Allah sebagai penawar hati..

jika bukan di dunia.. akhirat masih setia menanti..

TAPIIII….

aku hanyalah manusia biasa..

yang punya hati, juga perasaan..

kadangkala, hampirku tersungkur di kaki tipu daya hati dan perasaan.. 

ya Allah, berikanlah aku kekuatan T_T

……………..**************************……………

tadi tengah sibuk memandu basikal (memandu sebab rasa macam bawa kereta..hehe) , ternampak kelibat bayangan hitam. fokus ketika pemanduan memang lari. hilang. totally hilang…

seriously tak perasan ada kereta dari arah depan..

alhamdulillah, Allah selamatkan saya. kalau tidak, dunia ni hanya tinggal kenangan… T_T

 …….waktu tu, terlintas kat fikiran..

bilamana seorang daei itu sibuk memikirkan masalah yang bukan haknya, ancaman besar terhadap dakwah depan mata pun tak kan sedar.

seandainya semua daei mengatakan

” saya nak lari, saya nak fikir hal diri sendiri. masalah saya tak settle. saya kena tenang. kalau saya tak tenang, macam mana nak fikir tntg dakwah.. boleh tak tolong bagi saya masa.. i just need some time..please… “

siapa lagi yang tinggal untuk memikirkan masalah umat?

musuh Islam berbondong-bondong bekerja dengan sangat tersusun di barisan bertentangan.

para pembawa panji Islam tidaklah ramai. cuma beberapa  orang. kalau yang sikit ni lari memikirkan urusan sendiri, agaknya, berapa orang je yang tinggal untuk berdepan dengan musuh Islam?

agaknya berapa ratio antara musuh islam dan penegak panji Islam?

memang kualiti lebih penting dari kuantiti. tapi, mengapa tidak kita cuba menjadi antara yang berkualiti?

wuuuuu… fikir2 balik, banyak lagi nak kena fikir tntg umat dan islam.. bagaimana masalah sendiri boleh menjadi fokus utama? bukan bermaksud masalah sendiri tidak perlu difikirkan.tpi mungkin kurangkan berfikir mana yang tak perlu..

ya ALlah, berikanlah aku kesabaran..sesungguhnya aku tidak kuat.. ='(

Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar.” (Surah al Baqarah ayat 155)     —> ayat ni sangat memberi kekuatan ^^

….dan mengenai masalah saya pulak..saya kena banyakkan berdoa

Allah kan kata
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir ayat 60) 

dan dalam masa yang sama..berusaha sedaya yang saya mampu. serahkan urusan ni pada Allah dan lupakan apa yang tidak perlu..

Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya.

insyaAllah.. Allah itu sentiasa mendengar, sangat memahami dan menyayangi hambaNya.. =)

~SabAr~

Terasa bagai ingin berlari..

menyembunyikan diri ini…

agar dapat menyuburkan kembali..

hati yang hampir terkubur mati…

“Seorang mukmin yang bergaul dan sabar terhadap gangguan orang, lebih besar pahalanya dari yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dalam menghadapi gangguan mereka.”

(HR Ahmad)

….akanku teruskan perjuangan ini..

bagi meneguhkan benteng hati..

dengan kesabaran yang hakiki..

demi menggapai redha Ilahi…

p/s: orang lain pun mesti dah banyak sabar ngan saya kan …

saya pun mesti nak kena belajar gak untuk sabar dengan orang lain..

^_^

hehehe

~pengharapan~

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, kurniakanlah aku petunjuk..

sungguh diri ini tersepit di antara entahkan dua, entahkan tiga, entahkan empat.. entahkan..entahkan…dan entahkan…

terkeliru antara simpang di depan mata

segalanya tampak indah..

menarik hati yang tergoda, apatah lagi pandangan mata yang melirik

meyakini betul, mungkin salah jua akhirnya..

kurniakanlah taufiq ya Allah..kurniakanlah..

lepaskan andai itu sebaiknya..

^_^

HORRORNYA…….

bismillah….

ya Allah, hari ni adalah hari yang paling horror..

rasa macam nak menyorok dalam guni pun ada…

…………………………………………….bekerja dengan ikhwah? suatu perkara yang tersangatlah janggal dalam hidup ini, lebih-lebih selepas diri ini mendapat sentuhan tarbiyah…

selama ni, hanya menjadi pemerhati, sambil tersengih-sengih, pelik dan geli hati melihat gelagat akhwat yang kurang berpuas hati dengan kerja ikhwah.

sendiri terjun bekerja dengan ikhwah??? tak pernah.. sekadar melihat dari belakang dan mendengar cerita akhwat lain..

hari ini, tanpa diri ini menyangka, ana telah terjun ke dalam suatu “bidang” yang mana dengannya, ana terpaksa berhadapan dengan ikhwah… atas banyaknya perbincangan yang perlu dilakukan dengan mereka agar gerak kerja lebih terusun..

dengan “tanggungjawab” yang dipikul, lebih banyak perlu ke hadapan dan bebicara dengan mereka yang bukan mahram buat diri ini..

…..seringkali “bergurau senda” dan “bermain’-main” dengan akhwat yang dikasihi, tentu jauh bezanya jika dibandingkan taktala terpaksa bekerja dengan ikhwah

segala ketegasan perlu terpamer, setiap bait bicara hanya berhak kepada urusan penting. tiada senda gurau, tiada bait-bait kata yang halus, hanya ketegasan  di balik teduhan kelembutan perlu terpamer , demi memelihara harga diri seorang muslimah

beza bukan dunia akhwat dan ikhwah???

hari ini sahaja, beberapa kali ana terpaksa “meeting” melibatkan mereka

takutnya, Allah je yang tahu, bukan mudah menjaga diri, malah, tidak ana ketahui, tindakan manakah yang mungkin “mengusik hati” mereka dan diri ana sendiri?

maka dengan itu,segala aspek perlu dijaga dan dikawal, agar tiada peluang bagi iblis laknatullah melepaskan panahan nya yang berbisa dan tentu sahaja mampu merosakkan hati  melainkan hati-hati yang padanya mendapat bimbingan dariNya

bukan mudah pada diri ini,. setelah sekian lama tidak berinteraksi dengan ikhwah setelah mendalami tarbiyah, melangkah ke dunia ini, ternyata suatu dugaan besar buat hati ana

terketaq tangan, jantung berdebar-debar.. bimbang memikirkan ambang pintu syaitan untuk menghasut terbuka dengan setiap perbincangan dan “meeting”.

bukan, bukan ana tak suka dan tak setuju untuk bermusyawarah dengan ikhwah,  tapi, bak kata seorang ukhti , “boleh meeting dan bincang dengan mereka, tpi , sangat-sangat kena jaga batasan tu!! sangat ketat pengawasan yang perlu ada!”

“ana” “anta” “enti” , jujur ana katakan, ana memang tak reti guna! memang tak reti. sebut pun sasul sana sini. susah pada ana. akhirnya, berbagai gelaran ana gunakan. kadang-kadang, “saudara”  , lima minit kemudian, “brother… ” pula.. keliru!

serabut, serabut, banyak kesalahan mungkin sahaja telah dilakukan tanpa ana sedari. mungkin Allah mahukan diri ini untuk belajar dari kesilapan lalu. sungguh banyak pengajaran Allah buat ana dalam satu hari…

banyak pengajaran= banyak perubahan perlu dilakukan.. erm…

mana mungkin ana masih punyai masa untuk tenggelam dalam keserabutan diri

masih banyak perubahan yang perlu dilakukan dari dalam diri, sebelum dapat memimpin ummah ini

bukankah itu cita-cita hati ini sebelum mengenal tarbiyah?

ana pasti, syaitan pasti tidak melepaskan peluang ini… ana bimbang.. ana takut…

tapi, kalau sekadar takut, bagaimana hendak ana perbaiki diri ini? bukankah ana mengaku bekerja untuk Allah?

“ya , untuk Allah.. kalau begitu, duhai hati.. mengapa engkau masih khuatir?

tidak kah engkau yakin duhai hati, bahawa Allah pasti memimpin gerak tubuh ini?.. silap? tidak mengapa.. perbaiki diri..

duhai hati? mana mungkin engkau lebih gusarkan kesilapan dan kegagalan dalam setiap gerak tubuh dan hati yang ingin kembali pada Rabnya, mengatasi kegusaran engkau jika gagal taktala bertemu Sang Pencipta..

duhai hati? ikhlas kah engkau? jujurkah engkau pada diri mu sendiri duhai hati……

bukankah Allah melihat pada usaha dan bukannya pada hasil?

mungkin manusia tidak mengetahui , pada keinginan mu untuk berubah..jika engkau membicarakan suara hati mu yang inginkan peubahan ke arah kebaikan, belum tentu Allah menerimanya sebagai ibadah dari mu, melainkan jika dirimu ikhlas ingin berubah hanya keranaNya..

pulanglah wahai hati, hanya kepadaNya.. aku mengharapkan agar engkau terpimpin dengan pimpinan yang lurus, secara langsung, terus dariNya.. ”

ya Allah, peliharakanlah hati kami, agar setiap gerak langkah kami,cetusan minda, dan lintasan hati ini berada dalam keredhaanMu..

bimbingilah kami, agar setiap gerak geri dan biacara kami, hatta pada tindakan kami, terpancarnya akhlak seorang muslim

-Ana tak tahu, tapi ana sudi belajar, sambutlah tangan ini.. bimbinglah ana ke jalanNya-

~masih jauh kembara ini~ masih tertanya-tanya, apa lagi yang berada di hadapan.. ^_^ mungkin pada akhwat yang lain, ini bukanlah dugaan besar, tapi buat ana yang masih baru, masih banyak perlu dipelajari..semoga Allah menerima usaha ini.. =) doakan ye akhwat fillah….

“dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”

4:110

BENARKAH INI ADALAH DUGAAN YA ALLAH…

bismillah..

lumrah hidup manusia, diuji dan diuji, mengikut tahap kesesuaian masing-masing..

kadang kala, kita tertanya-tanya, ya Allah, apa lagi ujian di hadapan, merasakan seolah-olah urat-urat dan sendi kaki tidak mampu lagi bertahan, umpama seorang tua, yang sudah penat berlari dan tidak mampu meneruskan langkah, ingin sekali merebahkan badan,namun tiada pilihan kerana dikejar dari belakang..

kadang-kala, ingin sahaja tidur berjam-jam lamanya tanpa bangun agar bisa melarikan diri sebentar dari dunia nyata, umpama dunia ini berhenti berputar, menunggu emosi kita kembali seperti sedia kala. namun hakikatnya, jahiliyah terus mara bergerak, seolah-olah tiada istilah “penat” dalam langkah mereka

apakah kita mampu masih duduk berteleku, memikirkan masalah diri, kemurungan jiwa, dan kesedihan hati sedangkan umat masih dalam penderitaan?

Libya


“Amerika syarikat dan sekutunya sedang bersedia untuk mengenakan tindakan ketenteraan ke atas libya berikutan kegegilan Muammar Gaddafi yang terus menyerang kubu kuat pemberontak dan melanggar resolusi PBB.

Kapal-kapal AS di Laut Mediterranean dikatakan bersedia untuk menyerang pangkalan udara Libya. Hal ini bagi membuka jalan kepada tentera Eropah dan Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di seluruh Libya”

angka kematian yang tinggi tentu sahaja akan jauh lebih meningkat. mungkin sahaja  bantuan US ini dapat membantu menghapuskan penderitaan umat di libya, namun, sebelum kemenangan itu tiba, bayangkan sahaja, berapa nyawa lagi bakal terkorban? penderitaan sebesar mana harus dibayar demi harga sebuah kemerdekaan?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Palestin


“terkini, 8 syahid dan puluhan lagi cedera dalam serangan 24 jam dari zionis. kanak-kanak yang ditahan pula berubah sikap dan mengalami penderaan fizikal dan mental yang dahsyat.”

http://palestinkini.info/

““Orang-orang Islam seumpama satu tubuh, jika matanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya dan jika kepalanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya.” [Shahih Muslim, no: 4687]

libya dan palestin, hanya secebis dari kisah penderitaan umat islam hari ini. kehilangan ibu dan bapa, kemusnahan harta benda, kehilangan maruah umpama mainan mereka. penderitaan yang dirasai tidak mungkin tertanggung oleh kita yang sejak kecil dbesarkan dengan kemewahan dan kemanjaan. apakah mungkin kita merasai dan mengerti penderitaan mereka?

Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.” [al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, no: 7473 dan sanadnya dinilai hasan oleh penyemaknya, Mahmud Hasan Ismail]

persoalannya, adakah kita merasai kesakitan itu sekalipun sedikit? memikirkan apatah lagi..

refleksi diri

kebiasaan seorang insan, ketika diri diuji dengan sesuatu yang tidak disangka akan berlaku dalam sebuah kisah perjalanan hidup,  tumpahnya air mata bukan lagi perkara biasa. sedih, tertekan dan sibuk memikirkan hal diri. kusut!

berlari, berjalan, pusing kiri, pusing kanan, seluruh tenaga dikerahkan bagi mneyelesaikan keserabutan di jiwa, memikirkan solusi yang belum tentu berjaya. membayangkan , “indahnya kalau tu”… “bestnya kalau jadi macam dia”…

terlupa seketika, akan nikmat Tuhan selama hidup ini. merasakan diri ini yang paling teruji, paling tercabar keimanan, sehingga akhirnya, terlupa kesengsaraan ummah .. Allah!!

masihku teringat lagi akan kata-kata ini dari seorang murabbi;

” dulu aku rasa, akulah orang paling serabut dalam dunia ni, tak mampu aku memikirkan jalan penyelesaian keluar dari masalah nie, sampailah, satu hari tu, aku pergi ke sebuah misi kemanusiaan, baru aku sedar, aku ni tak de masalah sebenarnya!”

 

hakikat seorang manusia, seringkali menumpukan perhatian kepada diri sendiri… maka, siapa yg tinggal untuk memperhatikan dan memikirkan penyelesaian untuk penderitaan ummat ini?

bagaimana seorang daei, yang telah mengaku menjual jiwa dan hartanya kepada Allah, masih mepunyai kesempatan untuk terlalu memikirkan perasaan diri sehingga mengambil sebahagian hak masa ini untuk memikirkan masalah umat?

bukankah sudah mengaku ingin menjual diri ini kepada Allah?

adik, adik, meh sini, beli mug ni, cantik , best guna buat minum”

“eh, aah la bang, saya berminat la beli satu”

“boleh2, nak buat hadiah kat orang ke adik”

“eh, xlah, saya ada tabiat pelik, saya jadikan mug ni bantal busuk saya”

???

mug sebagai bantal peluk? pasti aneh bukan..

namun, adakah hak bagi seorang penjual untuk marah, sekalipun mempersoalkan kepada pembeli atas tindakannya? tentu sekali tidak

mana mungkin, seorang daei yang mengaku telah menjual dirinya kepada Allah, bisa mempersoalkan Allah atas setiap ujian yang menimpa dirinya.. segalanya telah dijualkan, maka adalah hak Allah untuk memberikan 1001 bentuk ujian.

bezanya, Allah menjanjikan syurga sebagai balasan di atas kesabaran dalam menghadapi ujian di dunia ini.

marilah kita bersama, menyerahkan diri ini kepadaNya. serahkan diri kita sebulat-bulatnya..letakkan pengharapan setinggi gunung atas keampunanNya,yakinilah, bagi setiap deraian air mata ada hikmah sebesar gunung di sebaliknya

kembali bertanya kepada diri, jika benar, setiap langkah diambil hanya demiNya, bersabarlah bagi setiap kegagalan yang sebelumnya telah disertai usaha sebaik mungkin utk mencapai matlamat itu.

jika kita tidak memperolehnya kini, insyaAllah ada yang lebih baik menanti di akhirat nanti.

kembali reset hati, untuk hanya memberi tumpuan pada perkara-perkara yang membawa manfaat kepada umat islam, yang padanya, boleh diniatkan kerana Allah, semoga di akhirat sana, menjadi bukti cinta kita kepadaNya

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)

9:111

masih jauh perjalanan hijrah ini..memerlukan tekad dan kesabaran, semoga Allah memberi kekuatan… ayuh, bersama-sama meneguhkan diri, untuk memikirkan ummah ini, sebelum diri sendiri!

Hijrah tidak akan terputus selagi mana masih ada musuh untuk diperangi.” [Musnad Ahmad, no: 22324 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth]

saja nak share ayat kegemaran saya… ^_^


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)

 

3:133-136

 

BerAtnya………….

Ya Allah, beratnya amanah yang diterima ni.rse mcm nak berptus asa sblm mencuba.bkn sikap sye utk terus rasa lemah dan berputus asa, tpi memikirkan t’jawabnya yang terlalu besar, sye jadi gusar, bimbang2, jika amanah ini tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, maka sye tidak mampu berhadapan dengan Allah ketika hari pembalasan nanti.

Dua tanggungjawab yang sgt besar.sgt besar.. tanggungjawab pertama masih belum dapat sye laksanakn sebaiknya.masih dalam proses bertatih2 dan merangkak, dtg pula tanggungjawab kedua.

Fokus dakwah dan tarbiyah sekarang , bukan lagi hanya tertumpu kepada muslim, tpi juga non-muslim. pengalaman apa yg ada pada diri ini utk menggalas tanggungjawab ini? ilmu dalam dada yang mana melayakkan sye utk menjalankan amanah ini?

Ya Allah, ketika syura memutuskan dengan persetujuan sye (setuju atas bnyk sebab, ikut hati mmg xnak, sbb sedar xlayak), tidak terlintas difikiran ini perasaan memegang amanah ini sgtlah berat,seberat ini. menghantui diri sehingga menggangu igauan mimpi.

ya Allah, sye perlu bangkit, mendekatkan lagi diri ini dengan Mu ya Allah, agar kekuatan hadir dalam diri, semoga taufiq dan hidayahMu memimpin gerak geri ini, memandu pemikiran ini, agar dapat melaksanakan haq syahadah diri ni sebaik mungkin

bukan mudah, tpi ketentuan Allah it tentu yang paling baik bukan? ketentuan Allah pasti yang paling baik.xmungkin Allah memberi tanggungjawab utk menghukum, malah Allah berada bersama2 mereka yang bersyura dalam membuat keputusan utama. rasa lemah tidak septotnya menjengah lagi ke dalam lubuk hati, melainkan semgt membara utk menegakkan Islam.

Allah telah menyediakan dua jalan utama utk menjadi pembela sye di akhirat. namun , jika tidak diri ini melaksanakan dengan sebaiknya, mungkin jga ia menjadi saksi pemusnah ketika hari penghisaban, nauzubillah..

ya Allah, berikalah kekuatan menjalankan amanah, kekuatan mentaati perintah Mu, peliharalah hati ku yaAllah, agar segala gerak geri ku terpandu olehMu, malah mendapat redhaMu..

amin.

“berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atauun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

9:41

“hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”

22:77