“Charmed”

Bismillah..

Kadang2 kita sebagai manusia suka jeles dengan kelebihan orang lain. tpi belum tentu benda lain yang kte nak tu, kte mampu handle bila Allah bagi. masalahnya, manusia ni mmg suka x puas hati dgn apa Allah bagi. selalu rasa dia je tahu lebih baik. -_-“

Ingat lagi waktu zaman saya kecik2 dlu, ada satu cerita ni..tajuk dia “Charmed”. sape ingt lagi? heh

Dalam drama bersiri ni, ada 3 orang beradik. Prue, Piper dan Phoebe. semua dengan “kuasa” masing2

Prue: Telekinesis. boleh amik dan tolak benda dengan mata/tangan dia je

Piper: mampu berhentikan masa

Phoebe: boleh tengok masa depan

Yelah, time kecik2 dulu suka la kan tgok cerita cenggini. lepas tgok, duk berangan.. “bestnye kalau aku ada kuasa macam tu.. kuasa mcm Prue pun jadilah”.. lepas tu mula la tngan tu menghala ke sana ke sini, dengan harapan boleh amik brg tanpa berjalan (lebih2 lagi time mak suruh amik brg kat tingkat atas/ bawah..aiyakk..rasa malas btol.. huhu)

tapi.. bila dah besar ni..duk fikir.. Allah tak bagi semua tu mesti ada sebab kan ๐Ÿ™‚ Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. dia bole je buat kita ni ada mcm2 kuasa. tpi Allah dah tahu natijahnya kalau Allah bagi manusia kuasa tu.. tpi, manusia yang rasa mcm “aku lagi tahu” (xcakap, tpi duk xbersyukur apa Allah bagi), mula la rasa kecewa dengan apa yang xde dan berangan nak benda2 yang Allah x bagi.

kenapa eh kaitkan benda ni dengan cerita Charmed? haaa.. sebabnya, mmg ada seorang hamba Allah yang saya kenal mempunyai kelebihan ni. dan kelebihan tu membuatkan dia stress lebih drpd manusia biasa.

Kisahnya begini.

Dia ada kelebihan utk rasa apa yang akan berlaku pada masa depan. ala2 kuasa Phoebe.

kalau ada benda x baik akan berlaku, dia akan rasa bbrapa jam sebelum tu. dan perkara ni menjadi ujian utk dia, sebab dia boleh “rasa” bila perkara tu berkaita dengan diri sndiri, keluarga dia, tunang dia dan juga keluarga tunang dia. bayangkan berapa kali ganda stress dia berbanding manusia lain.

benda ni nmpak pelik. tpi bukan rekaan. saya mmg kenal benar dengan insan ni.

contoh:

sebelum gi kelas rasa xsedap hati semacam -> dia tahu akan kena marah/ pape la yang xbest kat kelas nnti

xsedap hati seblm sampai kat airport -> sampai2, rupanya flight tiket dia kena tukar naik kapal terbang lain, dan bila sampai ke destinasi, barang xsmpai plak. pernah satu masa lain pula, xsedap hati, tup2,rupanya dia hampir salah kapal terbang

rasa xsedap hati, sampai xleh tido, xleh blaja, xleh buat pape dan dia tahu benda besar akan berlaku -> esoknya dapat berita sepupu dia meninggal.

rasa xsedap hati pasal tunang -> bila tnya tunang dia ok ke x, rupanya tunang dia mmg tgh ada masalah. pernah tu dia rasa xsedap hati, rupanya ada kaitan dengan result periksa tunang dia

rasa xsedap hati tntg keluarga -> msg mak dia, mmg ada berita kurang best yg dikhabarkan..

*KISAH NI DITULIS DENGAN MENDAPAT KBENARAN INSAN TERSEBUT*

…..

kisah di atas hanyalah sebahagian daripada banyak lagi pengalaman dia. baik benda tu perkara kecik/besar, biasanya dia boleh rasa.. jadi, setiap kali dia xsedap hati (dan xleh nak agak perkara tu tntg apa), dia akan jadi resah gelisah sambil berdoa semuanya akan ok.

dia akan meseg mak dia, make sure keluarga semua ok.

meseg tunang dia, make sure tunang dia ok

dan tnya diri sndiri, apa perkara yang possible akan berlaku pada dia dalam masa terdekat…

can u imagine?

kita yang rasa xsedap hati lepas dpt result xbest pun dh gundah gulana. apatah lagi kalau kte boleh ” rasa” benda tu sebelum result keluar. apatah lagiii, kalau kita boleh “rasa” segala benda xbest pada diri kita, keluarga kita, keluarga terdekat kita dan org keliling kita sebelum benda tu terjadi! mesti berat kan! xleh nak bayangkan -_-” :3

so, skrg, nak lagi ke kuasa mcm Phoebe time kte tgok cerita tu waktu kecik2 dlu? tgok drama mmg nampak best, sbb boleh nmpak benda yang akan jadi sblm terjadi. tapi, hakikatnya hidup x seindah tv.

begitulah juga hidup ni..kita nampak apa Allah bagi kat orang lain semuaaaa best.. dalam tv tu semuaaaa best.

pastu, kita duk tanya Allah..” Nape aku x mcm dia pun Allah. xaci lah!” (mmg xckp!, tpi indirectly ckp bila xredha dgn ketentuan Allah!)

padahal, Allah dah tahu, yang kita mmg xmampu handle benda tu kalau Allah bagi. mungkin sahaja benda tu memudaratkan kita. sape tahu kan?

so, usaha je terbaik utk apa2..sebab kita kena yakin Allah bagi pahala pada amal, bukanlah pada keputusan. dan ketentuan Allah daripada keputusan tu, redhalah, sebab kita kena yakin Allah Al Aliim (Allah Maha Mengetahui)

….

konklusinya:

jangan dengki dengan kelebihan yang Allah bagi kat kawan2 kita. boleh jadi perkara tu baik bagi dia, tpi bukan bagi kita ๐Ÿ™‚

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya.ย Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

4:32

firman Allah lagi..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

2:216

dalam ayat ni, Allah dah bgtau, Allah lebih mengetahui daripada kita. jadi, yakin dan lapangkan dada utk menerima ketentuanNya.. mmg xmudah..tpi semoga Allah beri kekuatan pada kita. yang menulis ni pun tgh ingtkan diri sndiri. jangan duk jeles je kerjanya.. tpi, pandang lah kelebihan yang Allah dah bagi kat diri kita, dan cuba tingkatkan prestasi diri.

Allah dah ciptakan kita sebgai khalifah, tentu ada bersamanya kelebihan yang Allah dah beri pada kita. cuma, kena polish je inshaAllah. ๐Ÿ™‚

Bila berjaya nnti, jangan pula jadi kacang lupakan kulit. jangan jadi hamba yang melupakan Tuhannya! tpi, sentiasa bersyukur, sbb Allah dah janji, Allah tambah lagi nikmat Dia pada orang yang bersyukur..

๐Ÿ™‚

ps: jom jadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNya dan selamat mencari potensi diri ๐Ÿ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s