Hospital: Peristiwa 1

Seperti biasa, isteri akan lebih gusar keadaan pesakit aka suami, berbanding bimbangnya si suami akan kesihatan diri sendiri. Di dalam klinik, setiap simptom suami diceritakan dengan terperinci.

kadangkala, terasa geli hati bila suami pula mengatakan “eh, ada eh?”

dan isteri kembali menjawab, “ada… awk ingt x bla bla” hehe.. sungguh kuat ingatan si isteri.  sungguh peduli akan kesihatan si suami (tentulah perbincangan ini dalam English!)

peristiwa sebegini sering ditonton, namun antara yang paling x mampu utk dilupakan adalah pengalaman melihat si isteri menangis teresak-esak pabila si suami disahkan menghidap cancer.

si suami yang asalanya tampak tertekan dan marah, dengan tiba-tiba berubah menjadi reda, lembut dan penyayang. tidak mampu melihat dan mendengar esakan si isteri barangkali. diusap penuh kasih sayang bahu teman yang janjinya utk sehidup semati. dipeluknya lembut, seolah-olah mengatakan, “maafkan aku kerana barangkali kita tidak mampu menunaikan janji utk semati” 😦

sedih. ternyata terasa seperti mahu menangis di situ juga. tapi apa daya diri ini. sekadar pelajar perubatan, hanya mampu memandang sayu sambil mengharapkan yang terbaik buat mereka.

mungkin saya juga tidak mampu menghadapi situasi sedemikian jika berada di tempat mereka. kehilangan suami tercinta, yang telah berkorban segalanya. tempat mengadu dan bermanja. tempat berlindung dan bergantung. siapa sanggup?

Namun, adakah kita sedar hakikatnya, itulah yang sedang dihadapi saudara seIslam kita ketika ini. malah, lebih teruk lagi. mereka kehilangan suami, isteri, anak-anak, harta.. segalanya..ketika ini..

ya, saat ini!

saat kita sedang nyenyak tidur di atas katil empuk, mereka kehilangan anak-anak dalam suhu seju mencengkam di syria

saat kita sedang selesa dalam rumah yang besar dan selesa, rumah-rumah penduduk palestin di hancurkan tanpa alasan yang munasabah. kadang-kala amaran diberikan hanya 15 minit sebelum rumah dirobohkan tanpa ehsan.

saat kita sedang berhabis-habisan sebanyak berpuluh-puluh ringgit buat membeli baju (yang belum tentu menutup aurat!), baju saudara perempuan kita di mesir dicarik, dikoyak lalu kehormatan mereka dicabul, hanya kerana mereka menentang  As-Sisi dan tentera syaitan yang bertopengkan manusia.

saat kita sedang leka bermanja-manjan dengan ahli keluarga, ibu bapa dan adik-beradik mereka dibunuh dihadapan mata. tiada ehsan. tiada perkerimanusiaan.

adakah kita peduli akan apa yang berlaku di Syria, Palestin, Afghanistan, Rohingya, Selatan Thailand dll?

atau…barangkali mencari gambar menarik dibuat profile pic FB lebih menjadi keutamaan, perlawanan bola lebih diberi perhatian, bermain dota lebih dipentingkan?

seujujurnya, saya tidak tahu apa yang berada dalam pemikiran anda..

dan utk saya, adakah kali ini alasan saya masih sama? hanya mampu memandangkan sayu dan mengharapkan yang terbaik?

tidak, sungguh, kita mampu berbuat sesuatu. bagaimana?

KEMBALIKAN KEMENANGAN ISLAM. USTAZIYATUL ALAM. pernah dengar istilah ini? jika tidak, mungkin boleh bertanya pada ustazah disekolah, atau kawan-kawan yang mengikuti usrah.

ragu2? bukankah Allah sudah berjanji bahawa Islam pasti bangkit kembali? terpulang pada kita utk menjadi insan yang menyumbang kepada kebangkitan islam, atau hanya menjadi lebihan dunia?

“Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia.”
– Mustafa Sadiq ar-Rifai’e –
T_T

telah berkata pula Syeikh Ahmad Deedat Rahimahullah dalam ucapannya:

“Islam akan tetap menang, dengan atau tanpa (kontribusi) dari kalian, namun kalian tanpa Islam, pasti akan rugi dan hilang tanpa bekas”

Barangkali kita merasakan usaha kita terlalu kecil dalam usaha memperjuangkan Islam, tetapi tiada yang kecil pada penglihatan Allah. inshaAllah hasilnya suatu hari nanti. tak perlu mengharapkan kemenangan Islam dihadapan mata. lihat sahaja rasulullah berbuat sebaik mungkin, tetapi bukanlah Tamadun Abbasiyah berjaya dibentuk semasa hayat baginda. hanya berusaha dan yakinlah dengan janji Allah.

Dan sementara mencapai kemenangan itu, teruslah berdoa buat umat islam di serata dunia. berdakwahlah kepada masyarakat disekeliling kita. ubahlah mereka yang berada lingkungan pengaruh kita.

infaqlah bila poket-poket kita diseru. buatlah apa sahaja selagi mampu.

kerana umat islam itu saudara kita. keluarga kita. dan kali ini, kita mampu melakukan sesuatu! (inshaAllah! )

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim). 

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.”
(HR At-Tabrani)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s