Dirimu Bukan Insan Biasa

Telah mengenali seorang insan yang juga merupakan seorang daei sejak bbrapa tahun yang lalu.

Pada zahirnya, dia kelihatan seperti insan biasa yang penuh kekurangan. Namun ternyata saya silap.

Masa berlalu dengan pantas. Banyak yang didengari mengenai dirinya. Tiada khabar melainkan yang baik-baik sahaja.

Dan akhir-akhir ini, Allah telah memberi kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Ternyata, keperibadianya lebih indah daripada khabar. Terlalu indah barangkali.

Dan sepanjang kesempatan ini, banyak yang dibelajari daripadanya. bukanlah melalui tutur bicara, tetapi melalui hati yang ikhlas yang memncrkan kejernihan melalui peribadi. contoh:

a) bila rasa sangat marah/ geram dan terus marah dia atas perkara yang saya sangka dia bersalah,  dia xpernah menjawab. sebaliknya dia hanya diam. berminggu-minggu setelah dia tahu saya “reda”, barulah dia terangkan perkara sebenar. malunya. ternyata saya yang tergesa-gesa membuat kesimpulan.

-saya xmampu sabar seperti dia-

b) kadang-kadang saya rasa dia xpeduli dan mementingkan diri. hakikatnya, sebahagian besar masa, saya yang kurang mengambil peduli, apatah lagi cuba memahami. dan dia seperti biasa,begitu sabar dan berhati-hati dalam menuturkan kata dalam menerangkan situasi sebenar. akhirnya, saya yang akan meminta maaf kembali

-saya tak mampu berlapang dada seperti dia-

c) kalau saya rasa dia salah, saya akan segera menegur dengan ayat-ayat/ kata-kata dengan sgt jujur (direct la senang ckp). tpi dia,kalau saya tersilap dalam pertimbangan, dia akan berhati-hati dalam menyusun kata sebelum menegur. saya sedar kesilapan diri tanpa rasa dilukai.

-saya xmampu berhikmah sepertinya dalam mentarbiyah-

d) dia xpernah berkira. dia xbersangka-sangka. sanggup pinjamkan duit beribu ringgit. dan bila pinjaman itu hilang tanpa dikembalikan, dia mampu bersabar, kerana dia mampu memahami situasi insan lain. sedangkan saya, mungkin sahaja saya akan terus mengungkit sehingga wang dikembalikan. yelah, beribu-beribu ringgit,bukan nilai yang sedikit, apatah lagi jika duit sebanyak tu yang diusahakan atas titik peluh sendiri.

-saya xmampu menjadi begitu pemurah seperti dia-

antara lain:

dia sudi bersusah payah hanya demi meraikan tetamu, walaupun diri sendiri tekorban.

dia sangat menghormati dan mentaati kedua ibu bapa biar besar mana jua kesilapan mereka.

dia sanggup bersusah payah tanpa merungut dan mengungkit.

daripada dia,terlalu banyak yang saya pelajari.

xmamp saya coretkan sekdar melalui tulisan.

ternyata tarbiyah itu lebih mudah melekat di hati pabila diperoleh melalui bukti.

melalui akhlak dan peribadi.

kerana tentu sahaja tutur bicara mampu mengguris hati.

dan sungguh, itu lebih melekat dan dekat dengan hati.

sungguhlah, amal itu berbicara lebih lantang daripada tutur bicara.

dia, dia terlalu “sempurna” sebagai insan biasa. dan saya belajar bahawa peribadinya banyak dibentuk memlaui tarbiyah Allah sepanjang proses pendewasaan. ternyata ujian dan tarbiyah yang berat daripada Allah mampu membentuk insan hebat sepertinya.

bila difikir-fikir, entahlah…

rasa xlayak walaupun skadar berkenalan, apatah lagi menjalin ukhwah

namun….

akal x mampu membayangkan hilangnya insan sepertinya.

ingin lebih mengenali dan terus mengenali

moga Allah memberi kesempatan utk kita terus menjalin ukhwah, sampai ke syurga firdausiNya. inshaAllah

p/s: benarlah, Allah akan menggantikan sesuatu kehilangan, dengan sesuatu yang lebih baik

hanya perlu yakin dengan ketentuan-Nya 🙂

buat dirimu, moga kita bersaudara sampai kesyurga inshaAllah.

ingin berkongsi hadis yang biasa kita dengari:

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Alhamdulillah untuk pertemuan ini. dan moga sepanjang ukhwah kita, “bau haruman” mu melekat sedikit sebanyak pada diri ini.

jzkk kerana sudi memberi ruang utk sebuah perkenalan.

🙂

*dah lama xmenulis. ayat simple pun xboleh nak tulis dengan baik. baru nak gilap semula kemahiran menulis.T_T

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s