Kisahku… >_<

kisahku barangkali tiada sama dengan cerita duka mereka….

kerana ketaatan, aku merelakan sebuah perpisahan..

kerana ketaatan, aku memilih meninggalkan..

hasilnya, aku tidak pasti.. masih samar-samar barangkali..

aku cuba untuk tidak peduli…

telah ku cuba menenangkan hati..

cukuplah Allah sebagai penawar hati..

jika bukan di dunia.. akhirat masih setia menanti..

TAPIIII….

aku hanyalah manusia biasa..

yang punya hati, juga perasaan..

kadangkala, hampirku tersungkur di kaki tipu daya hati dan perasaan.. 

ya Allah, berikanlah aku kekuatan T_T

……………..**************************……………

tadi tengah sibuk memandu basikal (memandu sebab rasa macam bawa kereta..hehe) , ternampak kelibat bayangan hitam. fokus ketika pemanduan memang lari. hilang. totally hilang…

seriously tak perasan ada kereta dari arah depan..

alhamdulillah, Allah selamatkan saya. kalau tidak, dunia ni hanya tinggal kenangan… T_T

 …….waktu tu, terlintas kat fikiran..

bilamana seorang daei itu sibuk memikirkan masalah yang bukan haknya, ancaman besar terhadap dakwah depan mata pun tak kan sedar.

seandainya semua daei mengatakan

” saya nak lari, saya nak fikir hal diri sendiri. masalah saya tak settle. saya kena tenang. kalau saya tak tenang, macam mana nak fikir tntg dakwah.. boleh tak tolong bagi saya masa.. i just need some time..please… “

siapa lagi yang tinggal untuk memikirkan masalah umat?

musuh Islam berbondong-bondong bekerja dengan sangat tersusun di barisan bertentangan.

para pembawa panji Islam tidaklah ramai. cuma beberapa  orang. kalau yang sikit ni lari memikirkan urusan sendiri, agaknya, berapa orang je yang tinggal untuk berdepan dengan musuh Islam?

agaknya berapa ratio antara musuh islam dan penegak panji Islam?

memang kualiti lebih penting dari kuantiti. tapi, mengapa tidak kita cuba menjadi antara yang berkualiti?

wuuuuu… fikir2 balik, banyak lagi nak kena fikir tntg umat dan islam.. bagaimana masalah sendiri boleh menjadi fokus utama? bukan bermaksud masalah sendiri tidak perlu difikirkan.tpi mungkin kurangkan berfikir mana yang tak perlu..

ya ALlah, berikanlah aku kesabaran..sesungguhnya aku tidak kuat.. ='(

Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar.” (Surah al Baqarah ayat 155)     —> ayat ni sangat memberi kekuatan ^^

….dan mengenai masalah saya pulak..saya kena banyakkan berdoa

Allah kan kata
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir ayat 60) 

dan dalam masa yang sama..berusaha sedaya yang saya mampu. serahkan urusan ni pada Allah dan lupakan apa yang tidak perlu..

Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya.

insyaAllah.. Allah itu sentiasa mendengar, sangat memahami dan menyayangi hambaNya.. =)

Advertisements

2 thoughts on “Kisahku… >_<

  1. Assalamualaikum,

    Ada, are you okay?

    nak nasihat, sepertinya awk membicarakan isi hati saya..i’ll be here (here means soton, huhu) if you need anyone..just buzz and i’ll be there (there means in skype/ym/fb.. lalala~)inshaAllah

    Allah will never leaves us alone or burden us with things out of our capabilities..so hang in there! Jannah awaits inshaAllah!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s