…….KeRana SyurGa Itu Mahal HarGanYa….

syurga itu mahal harganya..

 setiap insan yang bernyawa dan berakal pasti menyedari hakikat ini

terlalu ramai yang mengimpikan syurga

namun, hanya segelintir yang sanggup menghadapi setiap ujian Allah dengan hati yang redha

di sini, ingin saya kongsikan sedikit daripada pengalaman berharga yang dikutip semasa berjaulah ke manchester;

28 december 2010:

 Allah telah mentakdirkan berlakunya beberapa peristiwa yang mengingatkan diri ini kembali, akan hakikat syurga yang mahal harganya..

sinonim dengan perkataan mahal, pasti utk memilikinya, memerlukan kekuatan dari insan yang berhadapan dengan mehnah dan dugaan yang pasti, bukannya sedikit dan mudah

al-kisah, seperti biasa, pelajar KMB (Kolej Makan Banyak) sedang kelaparan dan merayau-rayau di bandar manchester demi mencari sesuap nasi. ketika itu, saya, a_ _a , be_a_ dan h_if_ sedang sibuk mencari kedai menjual makanan halal bersama elemen yang penting; harga yang murah.

maka, dengan takdir Allah, akhirnya kami terjump sebuah restaurant thailand dengan terteranya tulisan “halal”.

menu: (beberapa menu yang kelihatan menarik), served for 4 persons, 20 pounds

wah3, nampak menarik dan murah. melihat pada menu, menambahkan semangat kami utk menjejakkan kami ke dalam kedai.

 namun, bisikan hati hampir tidak pernah menipu. tidak mungkin segalanya dijual dengan harga yang begitu murah. ditambah lagi dengan suasana restaurant yang tampak exclusive dengan hanya kelibat kami berenam (termasuk pemilik kedai dan seorang pekerjanya) di dalam restaurant tersebut, seringkali kedai2 sebegini pasti “mencekik darah”.

pemilik kedai seolah-olah memaksa kami menjamah selera di kedainya. mahu atau tidak,  kami mengambil keputusan utk memesan air sementara hati masih ragu2 sama ada ingin meneruskan niat kami utk mengisi perot di sana.

tidak percaya harga makanan ditawarkan dengan sebegitu rendah, alhamdulillah, hati terdetik utk bertanya, ternyata, harga 20 pound itu adalah PER PERSON.

ya Allah, kami hampir tertipu rupanya. tulisan “per person” itu ditulis di sebelah sisi, menyebabkan kami terlepas pandang.

kami mengambil keputusan utk keluar dari situ walaupun terlihat riak di raut wajah pemilik kedai tanda2 xpuas hati… maaflah, kami terpaksa beredar.. mana lah kami mampu utk membeli makanan mahal sebegitu.. baik beli daging, sotong, ayam, sayur beras dll, masak sendiri kat rumah..huhu

alhamdulillah, selepas itu, Allah mentakdirkan kami terjumpa kedai kebab di sana dan alhamdulillah, harganya yang berpatutan..

kisah kedua pada malam yang sama:

selepas penat berjalan di kota Manchester, kami mengambil keputusan utk singgah ke kedai kopi kerana pada malam yang sama, kami bakal bertolak ke lancaster.

 jalan, dan jalan dan jalan, kami masih gagal menemui kedai yang menjual kopi dengan harga yang berpatutan..

akhirnya, kamu mengambil keputusan utk beli kopi di salah sebuah kedai, yang mana, harga kopinya paling murah jika hendak dibandingkan dengan kedai2 lain yang telah kami lewati..

………..(kopi sedang disediakan)………. (kopi dihidang)……….

jeng, jeng,jeng..

mata sya seakan- akn tidak percaya. saiz cawan kopi yang dihulurkan kepada kami sangatlah kecik, setinggi penumbuk tangan, ditambah pula dengan jumlah air kopi yang cuma separuh dari saiz cawan tu.

terkejut pun ada , nak tergelak pun ada. tu la akibatnya nak sangat beli air yang murah. dapat yang murah tu memang dapat, tpi sikit lah juga air yang kami dapat!!

tringt kata2 be _a_, ” xsampai hati nak minum air ni, seteguk pun boleh habis terus”.. huhu.. rasa geli hati pun ada, tpi alhamdulillah, tetap jumpa air kopi kan korang, at least, dengan ikhtihar tu, Allah berikan kekuatan kepada korang (iaitu driver dan co-driver kami) utk berjaga malam, sepanjang perjalanan utk ke lancaster. (maaf sgt2, saya ckp saya xnak tido, nak teman korang, tpi2, last2 sye tido gak, sebab kepala pening dan sakit.. maafkan saya.. T_T )

huhu, maka, pengajaran yang kami dapat hari tu, kalau kat dunia ni Allah dah tunjukkan, benda yang best xkan dapat dengan harga yang murah, apatah lagi utk mendapatkan syurga yang jauh lebih exclusive, yang jauh lebih sedap makanan2 di dalamnya, dengan jumlah air yang sangat banyak, ditambah pula dengan sungai2 yang mengalir madu, susu dan arak yang tidak memabukkan tersedia.

 makanan yang bakal dihidangkan jauh lebih enak, dengan setiap suapan makanana yang sama, berbeza-beza tahap kelazatan makanan yang dinikmati. subhanallah.. dengan bidadari yang jelita, dan mahligai yang tersergam indah, mungkinkah semuanya bisa dibeli dengan gelak tawa yang tiada berkesudahan di dunia ini.

layakkah memiliki semuanya dengan berbekalkan hati yang riak, ujub dan takabbur dengan nikmat Allah? sudah tentu sekali tidak…

jika ingin memiliki syurga abadi, memerlukan usaha yang kuat dan semangat yang kental. Syurga Allah hanyalah buat mereka yang telah terlebih dahulu membelinya dengan harga yang mahal ketika di dunia lagi.

 Mereka bersyukur dengan nikmat yang diberi dan menjalankan amanah sebgai khalifah di dunia ini dengan sebaik mungkin. Bersabar taktala di uji dan menghadapinya dengan tenang. 

mengucapkan sabar memang mudah, namun tidak semudah utk melaksanakannya, namun , bagi mereka yang bersabar kerana Allah, Allah menjanjikan kenikmatan syurga buat mereka.

mungkin utk bersabar dengan ujian Allah di dunia adalah sukar, namun apalah yang ada pada kesabaran itu jika dibandingkan dengan kenikmatan syurga yang kekal buat selamanya.

jika “kesakitan” taktala diuji itu adalah sukar, namun apalah yang ada pada kesakitan itu jika dibandingkan dengan seksaan neraka yang pedih di akhirat nanti.

bayangkan sahaja, jika kerengga menggigit jari ketika kita berhadapan dengan seekor singa garang, tentu sahaja kesakitan dek gigitan sang kerengga tidak langsung dirasai kerana gementarnya hati membayangkan diri dimamah sang singa.

 maka bayangkanlah seksaan pedih di akhirat jika hati terasa tidak sanggup menghadapi ujian di dunia. Semoga ingtn kepada seksa kubur dan neraka serta membayangkan kenikmatan di syurga yang tiada berkesudahan membantu diri kita utk terus cekal menghadapi ujian2 di hari2 mendatang.

sungguh segala yang berada di dunia ini hanyalah sementara cuma. mari bersama kita cekalkan hati dalam menghadapi dugaan dariNya….

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2x yang bertakwa. tidakkah kamu mengerti?”

(Al-An’am:32)

“(iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosak perjanjian. dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan suoaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik) . (iaitu)  syurga Adn’ yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh   dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan) ” salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”

ar-ra’d :21-24

Advertisements

One thought on “…….KeRana SyurGa Itu Mahal HarGanYa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s