ukhwah itu………….

ukhwah itu sangat indah,seriously, kalo ukhwah itu dibina atas dasar kecintaan kepada Allah.. hari ni, hati sgt tersentuh dengan kehadiran dua orang sahabat yg sudi bertandang ke rumah. dahlah dorang terpaksa tunggu saya dan hallmate balik lewat dari city, lpas tuh, saya dan housemate xde makanan best pun nak jamu.

sekadar cheesecake segera yang dibeli di kedai. serious rse bersalah pada korang (kalo korang baca blog nie..huhu). nak jadikan cerita ni lagi best, dorang yang datang bawak makanan banyak2 yang dibeli dari city since dorang tahu rumah kteorg mmg selalu xde makanan..huhu.. (lpas ni xnak dah bagi tahu sesiapa kalo rumah xde makanan..hehehe)

dah la dtg jauh2, datang sebab nak bagi sleeping beg saya ( dah  dibelikan oleh salah sseorang dari dua sahabat sye ni) . sleeping beg tu pulak, dibelikan utk sye free2 jek.. xpayah bayar langsung.. apakah..

sebelum ni juga, mereka  pernah bertandang ke rumah sye dan mereka selitkan duit sebanyak **euro. saya dan housemate terkejut awala2 tu, dari mana datang duit sebanyak tu, disertakan dgn nota “beli groceries yek” sehinggalah akhirnya, terbongkar rahia bahawa mereka lah yang sudi menghulurkan duit tersebut..huhu.

comel2 shabat sye nih. sye mmg pelik, mereka juga memerlukan wang tersebut, mereka juga perlu simpan duit utk hal2 mereka, tpi mereka masih sudi berkongsi sedikit dari nikmat dorang tu bersama kteorg.

(kesian korang (refer kepda dua sahabt sye tu), kteorg mgkin terlebih  berjimat sbb tuh selalu xde barang dalam rumah. walaupun sewa hall mahal, tpi orang lain ok je perbelanjaan dorang…)

bila difikir2kan kembali, subhanallah, dari mana datangnya kesanggupan dorang utk membelanjakan wang sebanyak tu utk rumah kteorg semata-mata..

sebelum dorang balik,sye sempat tanya:

“kenapalah korang ni baik sangat??”

“inilah hadiah ukhwah”

“klo hadiah ukhwah, ukhawah yang terbina antara kta sudah mencukupi”

“ukhwah ada hadiah , nilah hadiah ukhwah, amilah hadiah ni”

………………………subhanallah………… bila dua sahabt sye tuh balik, sye rse sgt malu.. malu.. malu kerana dah lama tak bertanya khabar mereka, sbb “sibuk” dgn exam. tpi mereka tidak langsung melupakan sye.

ternyata, hadiah ukhwah dari Allah adalah nikmat yang terindah. ternyata “perpisahan” kami kerana ditempatkan di university berbeza di bumi Ireland ini telah lebih mengeratkan tautan hati2 kami. subhanallah.. mungkin di KMB dlu rapat dan baik je dgn mereka, tpi mungkin xsampai sanggup berkorban hingga ke tahap ini..

jika duit yang mereka belanjakan utk kami satu rumah di”convert” kepada duit malaysia, insyaAllah duit tu nilainya berhampiran RM400.. erm, ni anggaran kasar jek, sbb sye xtahu pun sebenarnya berapa euro yang telah mereka habiskan utk kami serumah. xcampur lagi duit bas dll2..

erm…dari mana ek datangnya ikatan kasih sayang an kesanggupan berkorban ni ek? dari mana datangnya kesanggupan utk berkorban sedikit dari kepentingan diri demi kepentngan orang lain?

Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “tidak sempurna iman seseorang di antra kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai dirinya sendiri” (H.R Bukhari dan Muslim)

tidak sempurna iman sehingga menyayangi saudaranya sebagai menyayangi diri sendir.. kadang2 kte rasa, kte dah cukup menyayangi sahabt kita, sanggup tolong dia bila susah, sggp bersabar dgn karenah kawan2 kte, tpi sebenarnya apa yg kte buat tuh xmencukupi pun utk menunjukkan bahawa kita memang benar2 menyanyagi mereka kerana Allah..

jika takotkan azab Allah, neraka Allah, tentunya kita xsanggup jika mereka yang berada di sekeliling kte terkena panahan api neraka jika kita benar2 menyangi mereka kerana Allah. tpi, bila nak tegur mereka pula, hati terasa tkot, tkot klo orang rse kita kerek, poyo, bajet bagus dll..

bila dimuhasabah kembali, maka sye pun terfikir, jika itu adalah apa yang saya rasakan, bermakna belom benar2 utuh cinta sye buat mereka!! ternyata, sye masih menyangi diri sendiri melebihui kasih sayang sye pada mereka!..terbuktilah bahawa “kte” lebih rela mereka diseksa dlm neraka berbanding “kte” menanggung pedihnya hati bila dihina dan dinista..erm..

tiba-tiba dah masuk bab “amar makruf, nahi mungkar pula” huhu.. back to the actual topic, ukhwah.. erm.. if we do really love our friends and we claim it is only and only for Allah, then reflect ourselves, what have we done all these while for our friends?

mgkin sahaja tidak besar langsung jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan Ikrimah, putera Abu Jahal yang sanggup mengenepikan kehendaknya utk meneguk air demi sahabat2nya yang juga dahaga ketika itu.(peristiwa berlaku ketika perang yarmuk)..

jika Ikrimah yang dilahirkan bukan dalam keadaan Islam sgt mengerti akn maksud sbenar “mengutamakan dan mencintai sahabat yang lain kerana Allah”, kembali bertanya pada diri, bagaimana pula dengan diri kita yang telah dilahirkan dalam keadaan Islam..

jujur sye akui, utk menjaga ukhwah yang telah terbina dari rapuh pabila “badai” menjelma bukanlah mudah, ttpi yakinlah, kesabaran kita dalam menghadapi “badai2” tersebut akan lebih Allah sukai dari persabatan yang sentiasa manis tanpa sedikit pun ujian.

InsyaAllah tidak rugi sekirasny kte sanggup memohon maaf apabila perbalahan tercetus sekalipun mungkin bukan kita puncanya. Memohon maaf menandakan bahawa kita berjaya menundukkan ego, berbanding menang dalam perbalahan , ttpi gagal menentang nafsu amarah.. xrugi kita bersabar kan, sebab semuanya Allah akn nilai ^_^

ingin sye selitkan sedikit hadis berkenaan menahan marah =)

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.

( رواه البخاري )    

Maksud :

Daripada  Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang lelaki ( Abu Darda ) telah berkata kepada Nabi  Sallallahu ‘alaihi wasallam: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda : “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “ Jangan marah”.

(hadis ini didapati dari sini: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ganjaran-orang-yang-bersabar-menahan-marah.html

jika kita melihat hadis ini dalam konteks ” persahabatan”, ” jgn marah” disini bukanlah bermakna membiarkan sahaja apa2 sahaja berlaku, ttpi bersabar dan mengambil tindakan utk cuba menyelesaikan masalah sekiranya perbalahan berlaku melainkan tiada lagi yang bisa dilakukan bagi memperbaiki hubungan..

 insyaAllah bersabar itu jauh lebih baik dari meneruskan pertelegahan demi menegakkan kebenaran sekalipun kita dipihak yang benar! (ini adalah nasihat yg diberikan oleh seorang tokoh ilmuan Islam tapi, astaghfirullah… maaf sgt sye xingt cerita tuh macam mana and the exact sentences of what he said. insyaAllah kalau sye jumpa, sye share k ^_^ )

….akhir kata…

sejauh mana cinta kita buat mereka yang digelar sebagai sahabat………… jom mulakan tnda kecintaan kte buat mereka yang kita gelrkan sbgai shabt dengan nilai kesabaran.. ^_^.. kita mula sket2 dlu, smpai lah akhlak 2yang baik itu menjadi sebhagian dari diri kita.. =)

Advertisements

2 thoughts on “ukhwah itu………….

  1. jangan lah jeles kawan ku sayang =)… insyaAllah Allah tahu awk walaupun “sorang2”, awk lagi tabah dari kte kat sini (yg jugak hmpir sorang2 kat uni nih).. jadi Allah dtgkan mereka utk menyedarkan dan menaikkan balik smngt sye utk trus berjuang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s