~sEmuaNya baKal DiperhitunGkan~

kadangkala terasa seperti ingin jatuh.. sgt memerlukan tongkat dan di kala ini , Allah ‘mengambil tongkat’ itu dari diri ini . Ya Allah, aku memerlukan bantuanMu Ya Allah. janganlah Engkau meninggalkan ku walau satu saat , atau dalam kadar msa yang lebih cepat dari itu. saat ini, terasa bagai teruji, ttpi kalo orang lain dgr, mungkin org lain gelak kot, sbb ujian tu kecik..

yup, ujian itu kecil, tpi sungguh berbeza apabila ujian besar dikongsi, terasa ringan dan seolah olah tiada ujian menimpa. ttpi bila segalanya dipikul sendrian, ujian kecil yang banyak terasa beratnya. benarlah kata orang, kalo sesuatu itu dikongsi, yang beban pun jadi ringan..

Ya Allah, aku memerlukan biah solehah, aku memerlukan kekuatan, aku memerlukan kesabaran utk terus bersabar dan bersabar sehingga hari aku bertemu Mu ya Allah. kadang kala terasa seprti ingin berlari dari dunia ini yang penuh kepalsuan, bertemu Rasulullah dan bertemu Allah dan menikmati kebahagiaan abadi.

 namun, diri ini sedar, andai nyawa ditarik saat ini, adakah aku mempunyai tempat di sisiMu Allah, adakah aku mempunyai tempat di sisi kekasihku , Rasulullah. siapakah aku? siapa yang mengenali ku? aku bukanlah Uwais Al Qarni yang dikenali penghuni langit. aku bukanlah sesiapa pun, melainkan sekadar seorang hamba yang berusaha mencari redhaNya.

dan dalam perjalanan ini, kadangkala aku merasa gagal dan penat, ttpi akn diri ini cuba utk terus bergerak laju dan maju. yup, usaha dan usaha sehinggalah ajal menemuiku dalam ketika diri ini masih berusaha.. bak kata2 seorang ukhti yang sangat sye sayangi, “lets die trying” ..

sye sering bercakap tntg ujian seolah-olah xpernah berhenti diuji. mgkin ada yang pelik sbb asik diuji, tpi tiada yang pelik, sbb bukankah seluruh kehidupan ini ujian??? bukankah setiap saat itu juga ujian, sejauh mana telah digunakan bagi menggapai redha Allah? kerana setiap segala yang dilakukan bakal Allah tanyakan..

mari kita rujuk pada surah at-takaatsur:

alhaakumu ttakaatsur
[102:1] Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
[102:1] Abundance diverts you,

 

hattaa zurtumu lmaqaabir
[102:2] sampai kamu masuk ke dalam kubur.
[102:2] Until you come to the graves.

 

kallaa sawfa ta’lamuun
[102:3] Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
[102:3] Nay! you shall soon know,
 
tsumma kallaa sawfa ta’lamuun
[102:4] dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
[102:4] Nay! Nay! you shall soon know.

 

kallaa law ta’lamuuna ‘ilma lyaqiin
[102:5] Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
[102:5] Nay! if you had known with a certain knowledge,

 

latarawunna ljahiim
[102:6] niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim,
[102:6] You should most certainly have seen the hell;

 

tsumma latarawunnahaa ‘ayna lyaqiin
[102:7] dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.
[102:7] Then you shall most certainly see it with the eye of certainty;

 

tsumma latus-alunna yawma-idzin ‘ani nna’iim
[102:8] kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
[102:8] Then on that day you shall most certainly be questioned about the boons.
 
jika di lihat pada ayat kelapan,
 Dalam ayat ini Allah SWT, lebih memperkuat lagi celaan-Nya terhadap mereka, bahwa sesungguhnya mereka akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan-kenikmatan yang mereka megah-megahkan di dunia, apa yang kamu perbuat dengan nikmat-nikmat itu. Apakah kamu telah menunaikan hak Allah daripadanya, atau apakah kamu menjaga batas-batas hukum Allah yang telah ditentukan dalam bersenang-senang dengan nikmat tersebut. Jika kamu tidak melakukannya, ketahuilah bahwa nikmat-nikmat itu adalah puncak kecelakaan di hari akhirat.
Telah diriwayatkan bahwa Umar R.A., bertanya kepada Nabi Muhammad SAW.:
 
 

أي نعيم نسأل عنه يا رسول الله? وقد أخرجنا من ديارنا وأموالنا? فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ظلال المساكن والأشجار والأخبية التي تقيكم الحر والبرد والماء البارد في اليوم الحار
Artinya:
“Nikmat apakah yang ditanyakan kepada kami, Ya Rasulullah, padahal kami telah diusir dari kampung halaman kami dan harta kami?”. Nabi SAW. menjawab: “Naungan-naungan rumah, pohon-pohon, gubuk-gubuk yang melindungi kamu dari udara panas dan dingin dan air yang sejuk di hari yang panas”.
(lihat Tafsir Al Maragi, hal. 232, juz 30, jilid X).
 http://c.1asphost.com/sibin/Alquran_Tafsir.asp?pageno=1&SuratKe=102#8

 

jika naungan pokok juga dipersoalkan Allah, apatah lagi nikmat kasih sayang, nikmat makanan, nikmat salji memutih yang kita bergembira dengannya, nikmat biskut yang kita makan? nikmat darah yang mengalir dalam tubuh? bagaimana, sudah tentunya segalanya akn juga dipersoalkan Allah. adakah kita melakukan segala sesuatu kerana Allah atau kerana hawa nafsu.

adakah kita menggunakan nikmat Allah bersesuaian dgn batas-batas yang telah Allah gariskan atau kita “tertipu dengan niat yang benar untuk menghalalkan tindakan yang salah?” ?

sudah cukupkah kita bekerja. dan kalau kita menyangka kita penat bekerja, pastikah kita segalanya diterima Allah, pastikah kita segalanya akn dinilai Allah pada hari pembalasan nanti. muhasabah kembali diri, sungguhkah kita lakukannya ikhlas semata-mata kerana Allah atau mengharapkan ganjaran lain disebaliknya?

semoga Allah menilai setiap kesukaran kita dalam mengikhlasankan segala-galanya semata-mata kerana Allah, semoga dari itu, kita mungkin boleh meraih redha dan cinta Allah..

perbaiki lah setiap aspek akhlak, tutu kata, tutur bicara, gerak langkah dan segala-galanya.. andai usaha kita yang ‘besar’ tidak dipandang Allah kerana wujudnya penyakit hati  (nauzubillah), semoga Allah menerima sekecil-kecil usaha kita yang kita lakukan ikhlas semata-mata keranaNya..suci kerana Allah ..

semoga Allah terus membimbing kita. agar mati dalam keadaan sebagai seorang hamba yang masih berusaha meraih redhaNya.. dan bukannya sebagai orang yang baru sahaja berputus asa, kuatkan azam dan semangat dan ingatlah bahawa suatu hari nanti kita bakal berjumpa Allah dengan membawa bekalan amalan yang diharapkan mampu meraih rahmat dan kasih sayang Allah..

bila terfikir, sungguh takut keadaan pada hari pembalasan nanti, semoga urusan hisab kita dipermudahkan Allah swt

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Ismail daripada Muhammad bin Ishak daripada Abdul Wahid bin Hamzah daripada Abdullah bin Al-Zubair daripada Aisyah,beliau menyatakan behawa Nabi S.A.W berdoa dalam solat baginda:

اللهم حاسبني حسابا يسيرا
YA Allah, permudahkanlah urusan hisabku

http://mujahidahputerisolehah.blogspot.com/2009/05/doa-dipermudahkan-hisab.html

doa ni juga boleh ditemui dalam buku 1001 doa oleh ustaz haji zahazan..

semoga Allah memudahkan urusan kita semua, dari saat ini, sehingga dihidupkan kembali dan buat selama-lamanya..

p/s:tkot sebenarnya nak buat post ni sebab melibatkan ayat Al-quran, tpi smpai bila sye nak tkot.. kalo ada yang salah, sila perbetulkan =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s