berjayakah kita?

Hadirnya kita di bumi ireland ini bukanlah kebetulan, tugas yang kita pikul ini juga bukanlah mainan. kekuatan iman sangat diperlukan. dugaan semakin berat bagi menapis mereka yang lemah agar mereka yang bekerja adalah mereka yang hatinya benar-benar bekerja kerana Allah.

bagi mereka yang melafazkan ungkapan ‘jihad’ dan bekerja utk Allah semata-mata, tidak mungkin diri tidak diuji dengan ujian yang mencabar emosi. seringkali, setiap kali kita diuji, kita menyangka kita melepasinya dengan sangat baik. namun, sejauh manakah kita pasti bahawa hakikatnya kita benar2 berjaya?

seringkali kita gagal apabila ujian itu melibatkan emosi. ya, semamangnya kita mampu berjihad dengan harta kerana harta mempunyai sifat fizikal yg mampu dikawal. namun bagaimana pula apabila diuji dengan ujian yg melibatkan hati dan emosi yang terlalu abstrak dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar utk kita mengawalnya?

” demi Allah, kamu akan diuji pada HARTA BENDA dan DIRI KAMU SENDIRI. demi Allah, kamu akan mendengar banyak perkara yang menyakitkan kamu, daripada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan daripada org2 musyrik. jika  kamu BERSABAR dan BERTAQWA, maka sesungguhnya itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang sangt dituntut dan memerlukan KEAZAMAN YANG KUAT”

mungkin sahaja kita menyangka kita telah melpasi segala halangan melibtakan harta. kita telah menggunakan duit tanpa berkira untuk ke daurah yang jauh. kita telah menyedekahkan sebahagian besar duit poket kita pada hari ini untuk mereka yang memerlukan dan mengeluarkan wang yang sangat banyak bagi membelanja adik-adik usrah misalnya, namun, adakah kita telah lepas dengan jayanya apabila diuji dengan diri sendiri?

Allah akn menguji kita dengan kata2 yang menyakitkan dari kaum musyrik dan orang2 yang diberi kitab. dan sebahagian besar kte sangat meyakini hakikat bahwa kita mampu melepasi ujian2 tersebut. pastikah kita? jika benar, alhamdulillah.. jika kurang pasti, berehat dari memikirkan kritikan2 kwan2 mat saleh kita apabila kte cuba berdakwah kepada mereka, tetapi lihat kembali pada diri,adakah sudah cukup kita bersabar dengan kata2 usrahmate, naqibah kita dll apabila kadang2 kata2dan arahan2 mereka bertentangan dengan kehendak kita dan  teguran2 mereka memedihkan hati kita ? sudah cukupkah kita berlapang dada?

mampukah kita bergerak laju utk membawa islam seandainya masalah hati sendiri masih belum kita selesaikan. mampukah kita bergerak laju jika tiada support dari usrahmate dan naqibah kita. ya, kdg kala hati kita terguris, namun belajarlah utk menerima pendapat sekalipun jika kita bekerja waqi’ yang sgt berbeza dari ‘waqi’ di mana kte pernah ‘dibesarkan’. belajarlah utk berlapang dada dan bersabar. bersabar dan dalam masa yang sama bekerja semampu kte utk memperbaiki sistem yang ada sekiranya kte menjumpai kelemahan dalam sistem baru.

jalan dakwah bukanlah mudah . penuh dengan ujian. semoga hati yang bekerja dengan rasa ikhlas, gembira dan bersabar, Allah akn memberi ganjaran yang besar , mungkin bukan kini, tpi suatu masa yang kita sendiri tidak ketahui.

mungkin utk besabar dan bekerja bukan sesuatu yang mudah, namun, itulah yang perlu kita laksankan kerana dakwah menuntut segalanya dari kita.

“setiap individu di atas jalan dakwah mestilah memastikan setiapperkataan dan perbuatannya bertepatan dengan syariat Allah dan tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya dalam setiap keadaan. dia hendaklah memandang berat terhadap kesatuan saf atau barisan dan tidak keluar daripadanya. tiada yang dapat membantu semua ini melainkan iman yang benar yang dapat melindungi dirinya daripada melakukan kecuaian, membelakangi arahan dan tidak komited”

-mustafa mahsyur, bekalan dalam jalan dakwah

 hentikan rungutan dan nyatakan secara jelas sekiranya ada perkara yang tidak kita senangi. jika tiada yang mahu mendengar rungutan hati kita, ingatlah, Allah sentiasa ada untuk mendengar rungutan hati kita. berdoa dan dalam masa yang sama, berusaha perbaiki sistem. bekerjalah dgn hati yg lapang dan dgn emosi yg stabil kerana hati yg penuh kebencian lebih mudah dikuasai syaitan. wallahualam

p/s: diri ini merupakan ‘ org baru’ yg baru ‘bekerja’ . banyak memerlukan tunjuk ajar dan nasihat. jika sebarang tulisan sye mempunyai kelemahan dan kesalahan, feel free to tell me.. tegur je, insyaAllah sye boleh menerima dgn sgt terbuka =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s