Alhamdulilah

My friend once said to me:

” you know, I am really lucky to get to know her. within billions of people in the world, I manage to find her. i am so lucky”

Tahniah, kerana anda seorang yang bertuah!

dan…

Terima kasih kerana anda juga telah menyedarkan saya betapa bertuahnya saya.

Semoga saya menjadi hamba yang lebih taat  pada Sang Pencipta sebagai sebuah tanda kesyukuran

Alhamdulillah for everything 🙂

*random post to show some appreciation”

 

 

“Charmed”

Bismillah..

Kadang2 kita sebagai manusia suka jeles dengan kelebihan orang lain. tpi belum tentu benda lain yang kte nak tu, kte mampu handle bila Allah bagi. masalahnya, manusia ni mmg suka x puas hati dgn apa Allah bagi. selalu rasa dia je tahu lebih baik. -_-“

Ingat lagi waktu zaman saya kecik2 dlu, ada satu cerita ni..tajuk dia “Charmed”. sape ingt lagi? heh

Dalam drama bersiri ni, ada 3 orang beradik. Prue, Piper dan Phoebe. semua dengan “kuasa” masing2

Prue: Telekinesis. boleh amik dan tolak benda dengan mata/tangan dia je

Piper: mampu berhentikan masa

Phoebe: boleh tengok masa depan

Yelah, time kecik2 dulu suka la kan tgok cerita cenggini. lepas tgok, duk berangan.. “bestnye kalau aku ada kuasa macam tu.. kuasa mcm Prue pun jadilah”.. lepas tu mula la tngan tu menghala ke sana ke sini, dengan harapan boleh amik brg tanpa berjalan (lebih2 lagi time mak suruh amik brg kat tingkat atas/ bawah..aiyakk..rasa malas btol.. huhu)

tapi.. bila dah besar ni..duk fikir.. Allah tak bagi semua tu mesti ada sebab kan 🙂 Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. dia bole je buat kita ni ada mcm2 kuasa. tpi Allah dah tahu natijahnya kalau Allah bagi manusia kuasa tu.. tpi, manusia yang rasa mcm “aku lagi tahu” (xcakap, tpi duk xbersyukur apa Allah bagi), mula la rasa kecewa dengan apa yang xde dan berangan nak benda2 yang Allah x bagi.

kenapa eh kaitkan benda ni dengan cerita Charmed? haaa.. sebabnya, mmg ada seorang hamba Allah yang saya kenal mempunyai kelebihan ni. dan kelebihan tu membuatkan dia stress lebih drpd manusia biasa.

Kisahnya begini.

Dia ada kelebihan utk rasa apa yang akan berlaku pada masa depan. ala2 kuasa Phoebe.

kalau ada benda x baik akan berlaku, dia akan rasa bbrapa jam sebelum tu. dan perkara ni menjadi ujian utk dia, sebab dia boleh “rasa” bila perkara tu berkaita dengan diri sndiri, keluarga dia, tunang dia dan juga keluarga tunang dia. bayangkan berapa kali ganda stress dia berbanding manusia lain.

benda ni nmpak pelik. tpi bukan rekaan. saya mmg kenal benar dengan insan ni.

contoh:

sebelum gi kelas rasa xsedap hati semacam -> dia tahu akan kena marah/ pape la yang xbest kat kelas nnti

xsedap hati seblm sampai kat airport -> sampai2, rupanya flight tiket dia kena tukar naik kapal terbang lain, dan bila sampai ke destinasi, barang xsmpai plak. pernah satu masa lain pula, xsedap hati, tup2,rupanya dia hampir salah kapal terbang

rasa xsedap hati, sampai xleh tido, xleh blaja, xleh buat pape dan dia tahu benda besar akan berlaku -> esoknya dapat berita sepupu dia meninggal.

rasa xsedap hati pasal tunang -> bila tnya tunang dia ok ke x, rupanya tunang dia mmg tgh ada masalah. pernah tu dia rasa xsedap hati, rupanya ada kaitan dengan result periksa tunang dia

rasa xsedap hati tntg keluarga -> msg mak dia, mmg ada berita kurang best yg dikhabarkan..

*KISAH NI DITULIS DENGAN MENDAPAT KBENARAN INSAN TERSEBUT*

…..

kisah di atas hanyalah sebahagian daripada banyak lagi pengalaman dia. baik benda tu perkara kecik/besar, biasanya dia boleh rasa.. jadi, setiap kali dia xsedap hati (dan xleh nak agak perkara tu tntg apa), dia akan jadi resah gelisah sambil berdoa semuanya akan ok.

dia akan meseg mak dia, make sure keluarga semua ok.

meseg tunang dia, make sure tunang dia ok

dan tnya diri sndiri, apa perkara yang possible akan berlaku pada dia dalam masa terdekat…

can u imagine?

kita yang rasa xsedap hati lepas dpt result xbest pun dh gundah gulana. apatah lagi kalau kte boleh ” rasa” benda tu sebelum result keluar. apatah lagiii, kalau kita boleh “rasa” segala benda xbest pada diri kita, keluarga kita, keluarga terdekat kita dan org keliling kita sebelum benda tu terjadi! mesti berat kan! xleh nak bayangkan -_-” :3

so, skrg, nak lagi ke kuasa mcm Phoebe time kte tgok cerita tu waktu kecik2 dlu? tgok drama mmg nampak best, sbb boleh nmpak benda yang akan jadi sblm terjadi. tapi, hakikatnya hidup x seindah tv.

begitulah juga hidup ni..kita nampak apa Allah bagi kat orang lain semuaaaa best.. dalam tv tu semuaaaa best.

pastu, kita duk tanya Allah..” Nape aku x mcm dia pun Allah. xaci lah!” (mmg xckp!, tpi indirectly ckp bila xredha dgn ketentuan Allah!)

padahal, Allah dah tahu, yang kita mmg xmampu handle benda tu kalau Allah bagi. mungkin sahaja benda tu memudaratkan kita. sape tahu kan?

so, usaha je terbaik utk apa2..sebab kita kena yakin Allah bagi pahala pada amal, bukanlah pada keputusan. dan ketentuan Allah daripada keputusan tu, redhalah, sebab kita kena yakin Allah Al Aliim (Allah Maha Mengetahui)

….

konklusinya:

jangan dengki dengan kelebihan yang Allah bagi kat kawan2 kita. boleh jadi perkara tu baik bagi dia, tpi bukan bagi kita 🙂

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

4:32

firman Allah lagi..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

2:216

dalam ayat ni, Allah dah bgtau, Allah lebih mengetahui daripada kita. jadi, yakin dan lapangkan dada utk menerima ketentuanNya.. mmg xmudah..tpi semoga Allah beri kekuatan pada kita. yang menulis ni pun tgh ingtkan diri sndiri. jangan duk jeles je kerjanya.. tpi, pandang lah kelebihan yang Allah dah bagi kat diri kita, dan cuba tingkatkan prestasi diri.

Allah dah ciptakan kita sebgai khalifah, tentu ada bersamanya kelebihan yang Allah dah beri pada kita. cuma, kena polish je inshaAllah. 🙂

Bila berjaya nnti, jangan pula jadi kacang lupakan kulit. jangan jadi hamba yang melupakan Tuhannya! tpi, sentiasa bersyukur, sbb Allah dah janji, Allah tambah lagi nikmat Dia pada orang yang bersyukur..

🙂

ps: jom jadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNya dan selamat mencari potensi diri 🙂

Ujian

Image

Hari tu rasa penat sgt, dengan study utk exam final sem exam yang makin dekat (eh, habis skrg tgh wat apa T_T) dan pelbagai benda lagi.. tgh rasa xsedap hati n mcm nak hangin, ttbe datang sorang kawan ni. Muka merah padam dan dia Nampak lagi tgh hangin mcm nak meletup. Tiba2 dia menangis.

Cuak kot! Sekali tgok dia nangis sebab benda yang simple je.. rasa mcm …. aiyak *facepalm*…. (rasa jahat plak ttbe). But anyway, i consoled her, offered my help bla la bla, hoping that everything gonna be fine (hilang terus rasa hangin dalam hati sendiri)…but it was not easy to console her. T_T speechless time tu xtahu nak cakap apa dah. Malangnya, dia lebih hangin pada keesokan harinya sbb tambah benda lain plak jadi.. Rasa mcm ,ya Allah, benda ni mmg Nampak kecik kat aku, tapi utk dia benda ni besar..dan dia diuji bertimpa2 plak tu.. *tarik nafas dalam2* and i really hope she can see her ujian from different prespective, sbb benda tu sbnarnya x besar mana pun.

And suddenly one day, she said to me:

“jeles la tgok korang, korang mcm ok je bnyk benda.., xover sensitive dll”

I was like “ no, no, no.. all of us have our own hard time. It is just that not everyone shares it to everybody. Plus, you don’t have to compare urself with other. Only u know ur achievement and how far u have progressed along the way! While u are being jelous for what we have, we are struggling now to achieve what u already have! It is just the same J” yela.. Allah kan Maha Adil. Allah uji semua manusia, Cuma bentuk berbeza 😉 btol dok?

Mula2 xfaham gak. Sbb ada je benda yg dingomelkan, everything was not right from her point of view. Sdgkan banyak benda Allah mudahkan, tpi dia xnampak!

tapi faham je, kadang2 anger can blindfold our mind!

Tapi..ntah..bila fikir2 balik, rasa gembira utk dia..sbb yakin Allah nak bagi dia sesuaut yang lebih baik pada masa depan…I was exactly like her before (being overly sensitive, x berani n x yakin diri dll)..

Ada cerita disebalik dah berubah kpd karekter yg lebih baik(karekter2 yg dia claim dia xde …).. (segala puji bagi Allah)

banyak sgt ujian Allah bagi sblm Allah beri sedikit kekuatan utk berubah kearah kebaikan.

kisah disebaliknya bbrapa tahun dlu:

Semasa di sekolah persediaan sblm fly. Pernah kena fitnah ngan kawan2 kolej. They thought ___________________________________-! For God sake! It was hard for me at that time sbb time tu tgh join usrah2 n kerja2dakwah. Even bila mengadu dgn “orang dakwah” they thought I was lying. Sedih gile kot..  lebih sedih bila cerita yang diputar belit melibatkan mak bapak. Dah la time tu stress assignment berlambak. I cried almost everyday. I didnt trust anyone at that time (except few people). Yela, sbb It could be any of my “friend” yang tahu cerita n ubah cerita.  Ingt lagi, bila dah tak tahan lap air mata sndiri, lari bilik sorang kawan ni, n dia lap kan air mata yg turun (i love u so much my friend! U know who u r! ) and she said,” it is ok, i am always here” ..*aww*..(side story.hehe) sedih sgt, mengadu plak kat mak, and she was laughing. Still remember when she said “ lantak la kaklong org nak kata apa.. yg pntg kan Allah tahu apa yang berlaku n kte tahu kte tak buat salah”.. i was like..-_-“ org tgh sedih ni..huhu.. but, only 4 years after that event, i guess my parents were right. Lantak pi la org nak kata apa. Coz people wont stop ckp benda buruk about u. It is Allah’s opinion what matters most, isn’t it? 😉 hidup jadi lebih lapang n tenang.. lebih2 lagi sbb tahu Allah sntiasa ada.

But the story didn’t stop there actually. For 3 years after kena fitnah, i cried almost everyday -> everyweek -> every month utk satu ujian besar yang Allah bagi. I felt like torn myself into two so that i could satisfy pendapat every people that i loved! Susah sgt, but i chose utk taat mereka yang Allah suruh dahulukan ketaatan kpd mereka. My parens said to me “ xpe kaklong, satu hari nnti kaklong akans sedar hikmah semua ni. Waktu tu, kaklong akan rasa bersyukur sgt dengan ujian ni” .. but anyway, it was not that easy utk berlapang dada dengan ujian Allah. Sampai parens penat tenangkan diri ni. For 3 years my parens gave words of advice, doa, air ubat dll..but nothing worked! Until one day something happen (malas nak cerita).. but yep, it is true. Skrg ni mmg sgt bersyukur dgn apa yang pernah berlaku. Bersyukur sgt2 xtahu nak kata apa. 🙂

Bila dikenang, rasa mcm, yep, it was hard! .. 4 tahun lamanya tarbiyah Allah dgn tarbiyah yg berat, barulah skrg xjadi over ssensitif dan lebih yakin dengan ketentuan dan takdir Allah, dll.. (tapi masih sgaaaaaat belajar utk jadi lebih baik)

but anyhow..

What i am trying to say is, believe in Allah. If He test u, it is for ur own sake. And please do something to make sure it won’t happen again in the future. Ada benda Allah nak ajar kte daripada setiap sesuatu. Ada sikap yang Allah nak kita ubah, ada cara pandang yang Allah nak kte Nampak dll..

What differentiates between a successor and a failure is how they confront and accept something that does not go well/ fit their desire. Dan kita sbgai seorang Islam , kena lebih bijak dalam mengurus sesuatu ujian, sbb kita yakin Allah dan janji akan beri sesuatu yang lebih baik utk kita.

Bukankah Allah berfirman:

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

2:216

Sebagai muslim, kita sepatotnya lebih kuat , sbb kita ada Penguasa segala sesuatu bersama kita. Bukankah doa itu sbgai snjata?. Allah kan dah janji:

Ingatlah wahai Muhammad ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanku lalu dia memakbulkan permohonan.

Al- Anfal:9

Rasa mcm nak bgtau je kat dia semua pengalaman yang pernah dilalui, spaya dia xjeles dah dengan saya. Allah x bagi “kelebihan” that u claim I have out of sudden. Kelebihan setiap org comes with prices. And the prices might be in the form of tests. testS. –note “s” which indicates plural. Allah uji sebab Allah nak jadikan kita lebih baik.

For u my dear friend, I hope that in the near future, u will be very grateful for everything He planned for u, for He is All Knower. Trust Him. Do the best. inshaAllah He will help u along the way.

Conclusion: It is up to us now on how to direct our acts upon things that stumble along our way. And always have Faith in Him. Smile 🙂

 

Hospital: Peristiwa 1

Seperti biasa, isteri akan lebih gusar keadaan pesakit aka suami, berbanding bimbangnya si suami akan kesihatan diri sendiri. Di dalam klinik, setiap simptom suami diceritakan dengan terperinci.

kadangkala, terasa geli hati bila suami pula mengatakan “eh, ada eh?”

dan isteri kembali menjawab, “ada… awk ingt x bla bla” hehe.. sungguh kuat ingatan si isteri.  sungguh peduli akan kesihatan si suami (tentulah perbincangan ini dalam English!)

peristiwa sebegini sering ditonton, namun antara yang paling x mampu utk dilupakan adalah pengalaman melihat si isteri menangis teresak-esak pabila si suami disahkan menghidap cancer.

si suami yang asalanya tampak tertekan dan marah, dengan tiba-tiba berubah menjadi reda, lembut dan penyayang. tidak mampu melihat dan mendengar esakan si isteri barangkali. diusap penuh kasih sayang bahu teman yang janjinya utk sehidup semati. dipeluknya lembut, seolah-olah mengatakan, “maafkan aku kerana barangkali kita tidak mampu menunaikan janji utk semati” 😦

sedih. ternyata terasa seperti mahu menangis di situ juga. tapi apa daya diri ini. sekadar pelajar perubatan, hanya mampu memandang sayu sambil mengharapkan yang terbaik buat mereka.

mungkin saya juga tidak mampu menghadapi situasi sedemikian jika berada di tempat mereka. kehilangan suami tercinta, yang telah berkorban segalanya. tempat mengadu dan bermanja. tempat berlindung dan bergantung. siapa sanggup?

Namun, adakah kita sedar hakikatnya, itulah yang sedang dihadapi saudara seIslam kita ketika ini. malah, lebih teruk lagi. mereka kehilangan suami, isteri, anak-anak, harta.. segalanya..ketika ini..

ya, saat ini!

saat kita sedang nyenyak tidur di atas katil empuk, mereka kehilangan anak-anak dalam suhu seju mencengkam di syria

saat kita sedang selesa dalam rumah yang besar dan selesa, rumah-rumah penduduk palestin di hancurkan tanpa alasan yang munasabah. kadang-kala amaran diberikan hanya 15 minit sebelum rumah dirobohkan tanpa ehsan.

saat kita sedang berhabis-habisan sebanyak berpuluh-puluh ringgit buat membeli baju (yang belum tentu menutup aurat!), baju saudara perempuan kita di mesir dicarik, dikoyak lalu kehormatan mereka dicabul, hanya kerana mereka menentang  As-Sisi dan tentera syaitan yang bertopengkan manusia.

saat kita sedang leka bermanja-manjan dengan ahli keluarga, ibu bapa dan adik-beradik mereka dibunuh dihadapan mata. tiada ehsan. tiada perkerimanusiaan.

adakah kita peduli akan apa yang berlaku di Syria, Palestin, Afghanistan, Rohingya, Selatan Thailand dll?

atau…barangkali mencari gambar menarik dibuat profile pic FB lebih menjadi keutamaan, perlawanan bola lebih diberi perhatian, bermain dota lebih dipentingkan?

seujujurnya, saya tidak tahu apa yang berada dalam pemikiran anda..

dan utk saya, adakah kali ini alasan saya masih sama? hanya mampu memandangkan sayu dan mengharapkan yang terbaik?

tidak, sungguh, kita mampu berbuat sesuatu. bagaimana?

KEMBALIKAN KEMENANGAN ISLAM. USTAZIYATUL ALAM. pernah dengar istilah ini? jika tidak, mungkin boleh bertanya pada ustazah disekolah, atau kawan-kawan yang mengikuti usrah.

ragu2? bukankah Allah sudah berjanji bahawa Islam pasti bangkit kembali? terpulang pada kita utk menjadi insan yang menyumbang kepada kebangkitan islam, atau hanya menjadi lebihan dunia?

“Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia.”
– Mustafa Sadiq ar-Rifai’e –
T_T

telah berkata pula Syeikh Ahmad Deedat Rahimahullah dalam ucapannya:

“Islam akan tetap menang, dengan atau tanpa (kontribusi) dari kalian, namun kalian tanpa Islam, pasti akan rugi dan hilang tanpa bekas”

Barangkali kita merasakan usaha kita terlalu kecil dalam usaha memperjuangkan Islam, tetapi tiada yang kecil pada penglihatan Allah. inshaAllah hasilnya suatu hari nanti. tak perlu mengharapkan kemenangan Islam dihadapan mata. lihat sahaja rasulullah berbuat sebaik mungkin, tetapi bukanlah Tamadun Abbasiyah berjaya dibentuk semasa hayat baginda. hanya berusaha dan yakinlah dengan janji Allah.

Dan sementara mencapai kemenangan itu, teruslah berdoa buat umat islam di serata dunia. berdakwahlah kepada masyarakat disekeliling kita. ubahlah mereka yang berada lingkungan pengaruh kita.

infaqlah bila poket-poket kita diseru. buatlah apa sahaja selagi mampu.

kerana umat islam itu saudara kita. keluarga kita. dan kali ini, kita mampu melakukan sesuatu! (inshaAllah! )

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim). 

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.”
(HR At-Tabrani)

Andainya

Mummy..

Andainya kasih sayang itu, manifestasinya adalah harta..

sanggup kugadaikan buatmu intan permata

andainya kasih sayang itu, manifestasinya nyawa..

sanggup aku gadaikan jiwa dan raga..

 

Mummy..

kesabaranmu buatku tiada bertepi

pengorbananmu tidak mampu dihitung jari

segalanya sanggup dirimu gadaikan buat diriku ini..

 

Mummy..

sehingga diriku menghadap Ilahi,

tiadalah mampu aku membalas budi

 

oleh itu..

sungguh besarlah harapan di hati,

sebelum aku menghadap Ilahi,

agar aku sempat membalas budi

dengan menjadi muslimah sejati

buat menjadi sahammu diakhirat nanti

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil “

🙂

p/s: terima kasih mummy utk segala-galanya

sayang mummy sangat

*randompost lepas tepon mak*

 

Dirimu Bukan Insan Biasa

Telah mengenali seorang insan yang juga merupakan seorang daei sejak bbrapa tahun yang lalu.

Pada zahirnya, dia kelihatan seperti insan biasa yang penuh kekurangan. Namun ternyata saya silap.

Masa berlalu dengan pantas. Banyak yang didengari mengenai dirinya. Tiada khabar melainkan yang baik-baik sahaja.

Dan akhir-akhir ini, Allah telah memberi kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Ternyata, keperibadianya lebih indah daripada khabar. Terlalu indah barangkali.

Dan sepanjang kesempatan ini, banyak yang dibelajari daripadanya. bukanlah melalui tutur bicara, tetapi melalui hati yang ikhlas yang memncrkan kejernihan melalui peribadi. contoh:

a) bila rasa sangat marah/ geram dan terus marah dia atas perkara yang saya sangka dia bersalah,  dia xpernah menjawab. sebaliknya dia hanya diam. berminggu-minggu setelah dia tahu saya “reda”, barulah dia terangkan perkara sebenar. malunya. ternyata saya yang tergesa-gesa membuat kesimpulan.

-saya xmampu sabar seperti dia-

b) kadang-kadang saya rasa dia xpeduli dan mementingkan diri. hakikatnya, sebahagian besar masa, saya yang kurang mengambil peduli, apatah lagi cuba memahami. dan dia seperti biasa,begitu sabar dan berhati-hati dalam menuturkan kata dalam menerangkan situasi sebenar. akhirnya, saya yang akan meminta maaf kembali

-saya tak mampu berlapang dada seperti dia-

c) kalau saya rasa dia salah, saya akan segera menegur dengan ayat-ayat/ kata-kata dengan sgt jujur (direct la senang ckp). tpi dia,kalau saya tersilap dalam pertimbangan, dia akan berhati-hati dalam menyusun kata sebelum menegur. saya sedar kesilapan diri tanpa rasa dilukai.

-saya xmampu berhikmah sepertinya dalam mentarbiyah-

d) dia xpernah berkira. dia xbersangka-sangka. sanggup pinjamkan duit beribu ringgit. dan bila pinjaman itu hilang tanpa dikembalikan, dia mampu bersabar, kerana dia mampu memahami situasi insan lain. sedangkan saya, mungkin sahaja saya akan terus mengungkit sehingga wang dikembalikan. yelah, beribu-beribu ringgit,bukan nilai yang sedikit, apatah lagi jika duit sebanyak tu yang diusahakan atas titik peluh sendiri.

-saya xmampu menjadi begitu pemurah seperti dia-

antara lain:

dia sudi bersusah payah hanya demi meraikan tetamu, walaupun diri sendiri tekorban.

dia sangat menghormati dan mentaati kedua ibu bapa biar besar mana jua kesilapan mereka.

dia sanggup bersusah payah tanpa merungut dan mengungkit.

daripada dia,terlalu banyak yang saya pelajari.

xmamp saya coretkan sekdar melalui tulisan.

ternyata tarbiyah itu lebih mudah melekat di hati pabila diperoleh melalui bukti.

melalui akhlak dan peribadi.

kerana tentu sahaja tutur bicara mampu mengguris hati.

dan sungguh, itu lebih melekat dan dekat dengan hati.

sungguhlah, amal itu berbicara lebih lantang daripada tutur bicara.

dia, dia terlalu “sempurna” sebagai insan biasa. dan saya belajar bahawa peribadinya banyak dibentuk memlaui tarbiyah Allah sepanjang proses pendewasaan. ternyata ujian dan tarbiyah yang berat daripada Allah mampu membentuk insan hebat sepertinya.

bila difikir-fikir, entahlah…

rasa xlayak walaupun skadar berkenalan, apatah lagi menjalin ukhwah

namun….

akal x mampu membayangkan hilangnya insan sepertinya.

ingin lebih mengenali dan terus mengenali

moga Allah memberi kesempatan utk kita terus menjalin ukhwah, sampai ke syurga firdausiNya. inshaAllah

p/s: benarlah, Allah akan menggantikan sesuatu kehilangan, dengan sesuatu yang lebih baik

hanya perlu yakin dengan ketentuan-Nya 🙂

buat dirimu, moga kita bersaudara sampai kesyurga inshaAllah.

ingin berkongsi hadis yang biasa kita dengari:

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Alhamdulillah untuk pertemuan ini. dan moga sepanjang ukhwah kita, “bau haruman” mu melekat sedikit sebanyak pada diri ini.

jzkk kerana sudi memberi ruang utk sebuah perkenalan.

🙂

*dah lama xmenulis. ayat simple pun xboleh nak tulis dengan baik. baru nak gilap semula kemahiran menulis.T_T

Berdoalah ukhtiku :)

Bismillah..

Bila kita sayang seseorang, kita mesti nak selematkan dia daripada api neraka.
kalau rasa hopeless sebab diri sendiri pun xmampu jaga, sekurang-kurangnya berdoalah.
Dan hakikatnya, doa adalah bantuan yang paling hebat, kerana yang memberi bantuan adalah Dia, Sang Penguasa segala sesuatu.Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”.

(HR Tirmizi)

~ cinta itu manifestasinya dengan mendoakan~